Petronas rangka perusahaan petro kimia - Utusan Malaysia

Petronas rangka perusahaan petro kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Oktober 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia bakal menubuhkan perusahaan petro kimia dianggarkan menelan kos RM300 juta, kata Pengerusi dan Ketua Pentadbir Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah ketika mengumumkannya hari ini.

Beliau memberitahu, perusahaan tersebut termasuklah membuat baja, bahan plastik dan benang tiruan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 29 Oktober 1972Menteri Hal Ehwal Agama Republik Indonesia, Profesor Mukti Ali yang sedang melawat Malaysia tertarik dengan usaha-usaha Lembaga Urusan dan Tabung Haji membantu umat Islam negara ini dalam urusan haji.
  • 29 Oktober 1979 – Sekurang-kurangnya 39 orang mati lemas dan beribu-ribu lagi kehilangan tempat tinggal di kawasan pendalaman Mesir berikutan banjir yang paling buruk sejak 25 tahun lalu.
  • 29 Oktober 1985 – Walaupun ada sesetengah pihak yang cuba mensabotaj kereta Proton Saga, sebaliknya jualan dan tempahannya terus meningkat, kata Pengurus Besar Edaran Otomobil Nasional (EON), Gurcharan Singh.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya