Pada 18 Oktober 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Presiden Mohammad Zia Ul-Haq telah membatalkan pilihanraya umum, seterusnya mengharamkan semua parti politik, menapis akhbar-akhbar dan mengawal kesatuan-kesatuan sekerja dalam persiapan ke arah penubuhan sebuah “Kerajaan Islam”.
Jeneral Zia, ketua turus tentera yang menggulingkan Perdana Menteri Zulfikar Ali Bhutto memberitahu seluruh negara dalam satu ucapan selama 25 minit bahawa tindakan ini perlu bagi mengekalkan kestabilan Pakistan.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 18 Oktober 1977 – Kementerian Kesihatan akan menubuhkan 58 unit perkhidmatan pergigian bergerak di seluruh Semenanjung Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ketiga.
- 18 Oktober 1982 – Polis telah berjaya membongkar satu kegiatan sindiket menculik gadis-gadis muda bukan bertujuan untuk mendapatkan wang tebusan, tetapi untuk memaksa mereka menjadi pelacur.
- 18 Oktober 1983 – Tujuh orang jemaah haji Malaysia dilaporkan hilang dalam musim haji tahun ini, enam di Mekah dan seorang di Madinah.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]