Pada 30 Oktober 1975, Utusan Malaysia melaporkan sebuah syarikat elektronik antarabangsa yang mempunyai pelaburan kira-kira RM50 juta di rantau ini, memindahkan ibu pejabatnya bagi rantau Asia-Pasifik dari Hong Kong ke Kuala Lumpur.
Pengarah Urusan Asia-Pasifik, Motorola Incorporated Semiconductor Bahagian Barangan, Franc R.J. Deweeger berkata, langkah itu sebagai satu bukti keyakinan terhadap Malaysia.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 30 Oktober 1971 – Penyanyi pop, Rahim Jamil yang terkenal dengan lagu-lagu berentak joget dan ala Hindustan meninggalkan alam seni suara dan menukar corak kehidupan kepada perusahaan piring hitam.
- 30 Oktober 1972 – Renjer Malaysia bakal mempunyai satu lagi batalion dan rancangan penubuhannya sedang disusun dengan mengambil anggota dari Kawasan Khas Keselamatan, Bahagian Ketiga Sarawak bagi batalion tersebut.
- 30 Oktober 1974 – Bank of Tokyo mengumumkan sumbangan sebanyak suku juta ringgit kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sempena ulang tahunnya yang ke-15.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]