Menteri Besar Kelantan dipecat daripada Pas - Utusan Malaysia

Menteri Besar Kelantan dipecat daripada Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 Oktober 1977, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir dipecat daripada Pas oleh jawatankuasa agung parti itu dengan suara majoriti tanpa kehadirannya.

Keputusan itu dibuat oleh jawatankuasa yang bersidang di ibu pejabat parti yang berlangsung selama tiga jam. Dalam pembuangan undi yang dijalankan secara “sebut nama“, 13 undi menyokong pemecatan itu, tujuh menentang dan dua berkecuali.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 11 Oktober 1972 – Menurut laporan kejuruteraan, menara Eiffel yang menjadi simbol bagi Paris dan Perancis yang teguh berdiri sejak 93 tahun lalu kini berkarat dan berkemungkinan terpaksa diruntuhkan.
  • 11 Oktober 1974 – Kisah penemuan makhluk ganjil seperti “orang kenit” di kawasan Sekolah Rendah Pangkalan Tentera, Batu 10 Kuantan kelmarin telah menggemparkan seramai 870 orang murid serta guru di sekolah berkenaan
  • 11 Oktober 1975 – Hampir semua kawasan di Wilayah Persekutuan akan diisytiharkan sebagai kawasan rancangan Rukun Tetangga yang akan dilancarkan sebelum akhir bulan ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN