Pada 2 Oktober 1979, Utusan Malaysia melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Subang akan bertukar wajah selaras dengan pembangunan yang pesat.
Antara perubahan yang dapat dilihat nanti ialah tujuh jambatan yang menghubungkan bangunan lapangan terbang hingga ke kapal terbang untuk kemudahan para penumpang.
Menurut MAS, bangunan terminal yang sedang diubahsuai itu setelah siap kelak mampu untuk mengendalikan sehingga 2,600 orang penumpang sejam.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 2 Oktober 1975 – 12 murid sekolah rendah dan menengah di negara ini terpilih untuk mendapat elaun belajar sebanyak RM10 dan RM15 sebulan yang diberikan oleh Persatuan Islam Universiti Melbourne di Australia tahun ini.
- 2 Oktober 1977 – Kerajaan Negeri Pahang bersetuju menyediakan sebidang tanah yang cukup luas untuk tapak pembinaan bangunan Perpustakaan Tun Razak di bandar Kuantan.
- 2 Oktober 1982 – Kerajaan Kedah akan mengambil langkah untuk menjadikan Maktab Mahmud di sini setanding dengan pusat-pusat pengajian yang lain di negara ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]