Pada 4 Oktober 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tiga orang terbunuh, termasuk dua kanak-kanak adik beradik yang sedang mengaji dan tiga lagi parah akibat ditetak dengan parang dalam satu kejadian amuk di Kampung Parit Satu, Parit Yusof, 34 kilometer dari sini.
Berikutan kejadian itu, polis menahan seorang pemuda berumur 20 tahun di kawasan belukar, 0.4 kilometer dari tempat kejadian. Hasil siasatan mendapati suspek telah menyerang empat buah rumah jirannya dalam tempoh sejam dan sebilah parang turut dijumpai bersamanya.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 4 Oktober 1973 – Selepas hampir tiga tahun, bekas johan tinju heavywheight dunia Muhamad Ali dan Joe Frazier akan bertemu semula sebagai perlawanan ulangan 12 pusingan di Madison Square Garden, New York, 4 Februari tahun hadapan.
- 4 Oktober 1977 – Lebih 64,495 ibu miskin yang mengandung atau sedang menyusukan anak akan menerima susu skim percuma dari Kementerian Kesihatan sehingga tahun 1980.
- 4 Oktober 1979 – Harga seekor kucing hidup di Segamat telah meningkat antara RM2.50 hingga RM3.00 seekor mengikut saiz berikutan permintaan tinggi untuk dijadikan makanan harimau dan singa di pertunjukan sarkas di bandar ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]