Pada 12 Oktober 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Sultan Kedah hari ini bertitah usaha-usaha menggalakkan perindustrian di negeri ini telah membuahkan hasil. Baginda bertitah ketika merasmikan kilang London Rubber Corporation (Malaysia) di Kulim.
Menteri Besar, Datuk Sri Syed Nahar Shahabuddin pula berkata bahawa kerajaan negeri sedang merancang pembinaan kilang-kilang perusahaan dalam jangka masa 10 tahun dengan pelaburan modal berjumlah RM600 juta serta memberi peluang pekerjaan kepada 30,000 orang
Antara peristiwa lain yang menarik
- 12 Oktober 1982 – Sebuah jawatankuasa persahabatan para nelayan Perak dengan nelayan Pulau Pinang telah dibentuk hari ini dalam usaha memperbaiki lagi perhubungan dan pendapatan mereka.
- 12 Oktober 1983 – Satu konsortium perlu ditubuhkan segera bagi menjamin kedudukan masa depan manuskrip Melayu kata Pengarah Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Aziz Deraman.
- 12 Oktober 1984 – Amerika Syarikat tidak bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk menjadikan Antartika sebagai kawasan warisan bersama manusia sejagat, ujar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]