Jepun minat kawasan industri di Johor - Utusan Malaysia

Jepun minat kawasan industri di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Oktober 1974, Utusan Malaysia melaporkan satu kawasan perindustrian seluas lebih 800 hektar di Pelabuhan Pasir Gudang telah menarik perhatian rombongan pedagang Jepun yang berkunjung ke Johor.

Rombongan tersebut seramai 15 orang dari Pusat Yayasan Sains dan Teknologi Osaka melawat dua hari ke negeri ini dan dalam rangka lawatan selama dua minggu ke Malaysia.

Ketua rombongan, Isamu Sakamoto berkata, mereka sangat tertarik dengan kawasan tersebut dan kemungkinan besar banyak pelaburan modal akan dihantar ke negara ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 27 Oktober 1972Jalan Mountbatten di Kuala Lumpur tidak lama lagi akan tersergam dengan sebuah bangunan 12 tingkat yang menelan kos hampir RM3 juta kepunyaan Mara.
  • 27 Oktober 1974 – Setelah lebih 19 tahun berkecimpung dalam dunia filem, akhirnya bekas bintang filem dari Studio Jalan Ampas, Malek Sutan Muda pergi menyambut seruan Ilahi buat selama-lamanya akibat serangan jantung.
  • 27 Oktober 1982 – Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) akan menubuhkan sebuah unit separuh perdagangan tahun depan bagi mengeluarkan serbuk karbon hitam untuk perusahaan tayar.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: i[email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya