Felda jalin kerjasama dengan pengusaha luar negara - Utusan Malaysia

Felda jalin kerjasama dengan pengusaha luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Oktober 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Felda sedang mengkaji dengan teliti mengenai kemungkinan mengadakan perusahaan bersama yang berasaskan pertanian dengan pengusaha-pengusaha tempatan dan luar negara.

Pengarah besarnya, Raja Alias Raja Ali memberitahu bahawa, dua daripada projek itu yang sedang dalam pertimbangan ialah perusahaan menapis minyak kelapa sawit dan perusahaan memproses biji kelapa sawit.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 9 Oktober 1973 – Sejumlah 2,000 pokok ganja berharga kira-kira RM16,000 telah dijumpai di Kampung Parit Lapis, Simpang Renggam, Johor.
  • 9 Oktober 1974 – Malaysia dan Iraq akan memulakan satu perusahaan bersama berasaskan petroleum di Pulau Pinang tidak lama lagi.
  • 9 Oktober 1982 – Kerajaan Pahang bersetuju membuat sedikit pindaan terhadap lagu kebangsaan negeri ini untuk disesuaikan dengan beberapa faktor semasa dari lagu asalnya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya