Pada 19 Oktober 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Universiti Islam Antarabangsa yang bakal ditubuhkan di negara ini Januari depan akan ditadbir oleh sebuah badan amanah yang bebas dan boleh menerima bantuan asing.
Universiti tersebut adalah berbeza dengan lima universiti tempatan lain yang termaktub di bawah Akta Universiti dan Kolej-Kolej Universiti 1975 menjadi badan berkanun yang ditadbir dan dibiayai oleh kerajaan.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 19 Oktober 1974 – Lebih 3,000 orang bukan Melayu adalah di antara lebih 11,000 pemohon yang memohon menyertai kawasan-kawasan baru rancangan Felda yang melibatkan 100,000 ekar di Johor.
- 19 Oktober 1975 – Kastam dan Eksais Diraja Cawangan Pencegahan Perak Timur telah memusnahkan sebuah ladang ganja seluas dua setengah ekar di Bukit Tunggal, Daerah Kuala Kangsar.
- 19 Oktober 1977 – Kerajaan Johor telah memindahkan kesemua hampir 2,000 orang pelarian Indo-China yang berada di negeri ini ke Pulau Tengah, Mersing.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]