Pada 7 Oktober 1979, Utusan Malaysia melaporkan para pelajar, kakitangan am dan akademik Institut Teknologi MARA (ITM) dinasihat menjaga nama baik institusi itu bagi memastikan matlamatnya tercapai dan terpelihara.
Pengarah ITM, Prof. Datuk Dr. Awang Had Salleh menegaskan, mereka hendaklah bersatu padu, saling bantu-membantu supaya nama baik ITM bertambah harum dan memastikan matlamat institusi itu terlaksana.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 7 Oktober 1971 – Presiden Mesir, Anwar Sadat dan ketua-ketua negara Libya dan Syria hari ini berunding mengenai pembentukan sebuah kabinet persekutuan bagi Persekutuan Republik Arab yang terdiri dari tiga negara ini.
- 7 Oktober 1973 – Lebih 800 penduduk Kampung Teluk Malik, Daerah Kubang Pasu berada dalam keadaan cemas berikutan sejenis “wabak demam” yang menyerang kampung tersebut sejak dua minggu lalu.
- 7 Oktober 1974 – Satu projek pencegah banjir yang menelan belanja RM200 juta akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan awal tahun hadapan dan dijangka siap menjelang tahun 1980.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]