Marhamah Ismail, wanita pertama pengawal lalu lintas udara - Utusan Malaysia

Marhamah Ismail, wanita pertama pengawal lalu lintas udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 September 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang wanita muda berusia 21 tahun bernama Marhamah Ismail menjadi wanita pertama di Malaysia yang bekerja sebagai pengawal lalu lintas udara dalam Pasukan Sukarelawan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau yang berpangkat Pegawai Muda Udara telah membuktikan kebolehannya memegang jawatan berkenaan yang sebelum ini dipegang oleh orang lelaki sahaja.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 6 September 1971 – John Mac Donald dari Hong Kong berjaya mempertahankan kejuaraannya dalam perlumbaan kereta Grand Prix Malaysia  sejauh 105 batu yang berlangsung di Litar Batu Tiga.
  • 6 September 1972 – Kapal terbang MAS 737 berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Hong Kong hari ini dalam penerbangan sulungnya dengan membawa 87 orang penumpang yang diketuai oleh Pengurus Besar MAS, Saw Huat Lye.
  • 6 September 1974Akta Mencegah Malaria 1971 akan dikuatkuasakan jika berlaku lagi wabak demam denggi dan sesiapa yang menyebabkan pembiakan nyamuk boleh didenda RM500 atau tiga bulan penjara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya