Pada 2 September 1975, Utusan Malaysia melaporkan pemangku Menteri Luar Indonesia, Mochtar Kusumaatmadja berkata, Malaysia bersetuju menyertai pasukan pengaman bersama empat negara lain untuk memulihkan keamanan di Timur Portugal.
Indonesia mencadangkan penyertaan Malaysia dalam pasukan pengaman bersama itu selepas Portugal menolak cadangan Indonesia yang ingin bersendirian untuk memulihkan keamanan di tanah jajahan Portugis itu.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 2 September 1973 – Skim Pencen Ilat akan dilancarkan di seluruh negara mulai 1 Januari tahun hadapan untuk menambahkan lagi perlindungan kepada beratus ribu orang pekerja di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO).
- 2 September 1974 – Lembaga Letrik Negara (LLN) akan mengambil alih semua pembekalan lektrik di Semenanjung Malaysia dari syarikat- syarikat pembekal swasta.
- 2 September 1977 – Kontena Nasional yang merupakan sebuah syarikat di bawah PERNAS telah memulakan perkhidmatan pengangkutan
kontena dari Pelabuhan Klang ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]