Pada 14 September 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pembukaan Lebuh Raya-Timur Barat antara Pulau Pinang ke Kelantan beberapa bulan lalu telah memberi rezeki yang lebih kepada para peniaga dan pengusaha di negeri ini.
Oleh kerana lebuh raya tersebut dapat digunakan dengan selamat, ramai peniaga dan pengusaha di sini terutama sekali peniaga buah-buahan telah menggunakan kesempatan ini bagi tujuan perniagaan mereka.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 14 September 1977 – Syarikat Peruda Kedah akan membelanjakan hampir RM10.7 juta tahun ini bagi membina bangunan-bangunan kedai, pawagam dan sebagainya di negeri ini.
- 14 September 1979 – Kerajaan akan menghadapi cabaran hebat menjelang tahun 2000 apabila penduduk Kuala Lumpur meningkat kepada 2.2 juta orang
- 14 September 1982 – Langkah RTM hendak menubuhkan panel-panel untuk mengkaji rancangan-rancangan yang disiarkan menerusi Rangkaian Nasional Radio dan TV Malaysia telah mendapat sambutan baik dan diluar dugaan daripada orang ramai.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]