Pada 29 September 1974, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan akan mendirikan 15,000 unit rumah kelamin untuk anggota tentera pada tahun hadapan. Perdana Menteri, Tun Abdul Razak turut mengumumkan rancangan mengadakan kemudahan asrama bagi kemudahan Anak anggota tentera di seluruh negara.
Menurut beliau, kerajaan amat memandang berat akan masalah perumahan anggota-anggota tentera dan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM460 juta untuk tujuan tersebut.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 29 September 1974 – Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Lim Chong Eu berkata, pembukaan perkhidmatan feri antara Pulau Pinang dengan Pulau Langkawi akan memesatkan lagi sektor pelancongan di antara kedua-dua kawasan tersebut.
- 29 September 1975 – Menteri Besar, Tan Sri Ghazali Jawi hari ini melancarkan Rukun Tetangga yang pertama di negeri Perak dan mengingatkan rakyat mengenai ancaman komunis kegiatan anti-nasional yang semakin serius di negeri berkenaan.
- 29 September 1977 – Majlis Perbandaran Seberang Prai telah menubuhkan sebuah jabatan timbang dan ukur yang akan memantau alat timbang yang digunakan oleh pekedai di Seberang Prai, adalah betul.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]