Pada 15 September 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Jabatan Pengajian Melayu (JPM), Universiti Malaya akan melancarkan projek mengkaji naskhah-naskhah Melayu lama yang tersimpan di dalam dan luar negara tidak lama lagi, kata ketua jabatan tersebut,Profesor Ismail Hussein.
Usaha yang akan dijalankan oleh jabatan tersebut akan dibantu oleh para sarjana dan tokoh-tokoh bahasa dan budaya dari seluruh dunia.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 15 September 1972 – Indonesia dan Singapura hari ini telah menandatangani satu perjanjian kerjasama antara Syarikat Penerbangan Garuda dan Syarikat Penerbangan Singapura (SIA).
- 15 September 1973 – Pegawai-pegawai kerajaan yang telah bersara akan diambil bertugas untuk mengatasi kekurangan jawatan pengadil mahkamah-mahkamah rendah yang berlaku sekarang.
- 15 September 1974 – Pasukan hoki Malaysia berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia Ketujuh setelah menewaskan Jepun 3-1 dalam perlawanan ulangan mereka di Stadium Aryamehr, Tehran.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]