Pada 11 September 1975, Utusan Malaysia melaporkan gaji bulanan para menteri dan timbalan menteri akan dipotong sebanyak lima peratus mulai Oktober ini berikutan keadaan ekonomi dan kewangan negara yang sedang meruncing.
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, langkah tersebut telah dipersetujui sendiri oleh para menteri demi kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 11 September 1968 – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Khoo Siak Chiew menyatakan sehingga kini, belum ada sebuah negara di dunia yang mengumumkan sokongannya mengenai tuntutan Filipina ke atas Sabah.
- 11 September 1971 – Pengguna telefon di Sarawak akan dapat mendail terus ke Malaysia Barat dan Sabah menjelang tahun 1974 setelah siapnya hubungan gelombang mikro antara Sibu, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.
- 11 September 1973 – Malaysia akan bertanding untuk menduduki kerusi Majlis Pentadbir Kesatuan Telekom Antarabangsa (ITU).
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]