Pada 7 September 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kira-kira 50 orang belia lelaki belasan tahun telah diberkas oleh anggota polis ketika sedang leka menari “Breakdance” di Medan Bandar di hadapan Masjid Zahir, Alor Setar.
Satu unit radio kaset yang digunakan untuk menari Breakdance turut dirampas dan kesemua belia tersebut dibawa ke balai polis untuk disiasat dan kemudian dibebaskan, manakala beberapa penari akan dihadapkan ke mahkamah kerana berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 7 September 1971 – Kongres Kesatuan Kakitangan dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan cuba sekali lagi merayu kepada kerajaan
mengenai cadangan untuk bekerja lima hari seminggu. - 7 September 1972 – Kerajaan Terengganu akan memperuntukan lebih RM1 juta untuk memajukan Pulau Redang dan memindahkan lebih dari
700 orang nelayan dari sebuah pulau berhampiran ke pulau tersebut. - 7 September 1973 – Badan penasihat belia kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu yang bersidang di New York Ogos lalu telah
memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Belia Malaysia sebagai pengerusinya.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]