Pada 6 Ogos 1971, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Mohd. Khir Johari mengumumkan satu undang-undang baru mengenai harga barang di negara ini yang akan dikuatkuasakan pada tahun hadapan.
Kementerian ketika ini sedang mengkaji pelaksanaan undang-undang tersebut dan apabila dikuatkuasakan kelak, segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna dan rakyat mengenai harga barang akan dihapuskan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 6 Ogos 1972 – Pusat Perdagangan Antarabangsa UNCTAD/GATT di Geneva telah menawarkan perkhidmatan seorang pakar untuk menjalankan
kajian mengenai strategi pemasaran dan galakan getah asli di Malaysia. - 6 Ogos 1977 – Syarikat Rangkaian Setia Berhad, di Seberang Prai telah mengambil alih perkhidmatan 15 buah bas Mara di Bukit Mertajam sejak 31 Julai lalu.
- 6 Ogos 1979 – Pulau Bidong yang terkenal sebagai tempat memproses pendatang haram Vietnam di Terengganu merupakan satu-satunya tempat yang mempunyai kos hidup paling tinggi di Semenanjung Malaysia.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]