Pada 17 Ogos 1979, Utusan Malaysia melaporkan amran Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang kerajaan mungkin mengambil tindakan tegas ke atas pemaju perumahan yang cuba menaikkan harga rumah sehingga 10 peratus berikutan kenaikan harga simen kepada RM8.20 sekampit.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan, kerajaan memandang berat jika ada pemaju perumahan yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga rumah dengan begitu tinggi.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 17 Ogos 1975 – Yang di-Pertuan Agong bertitah, Malaysia menghargai perkhidmatan kepakaran Burma di Malaysia seperti doktor perubatan, doktor gigi dan jurutera.
- 17 Ogos 1977 – Malaysia tetap dengan pendiriannya menyokong keanggotaan Republik Rakyat China dalam Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF).
- 17 Ogos 1982 – Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengumumkan beliau memotong gajinya sebanyak RM500 sebulan mulai bulan Ogos ini sebagai menyahut seruan berjimat-cermat negara dalam keadaan kemelesetan ekonomi sekarang.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]