Pada 26 Ogos 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Raja Permaisuri Agong hari ini menyeru para suri rumah supaya mengajar prinsip-prinsip Rukun Negara kepada anak-anak mereka.
Baginda yakin dengan cara ini anak-anak akan dapat memahami setiap prinsip Rukun Negara. Baginda juga turut menyeru agar kaum wanita supaya memperluaskan kegiatan mereka bagi menjamin kemajuan pada masa hadapan.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 26 Ogos 1971 – Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah membentuk sebuah tabung derma bagi penubuhan Universiti Islam.
- 26 Ogos 1972 – Kabinet telah bersetuju untuk meneruskan projek pembinaan sebuah reaktor nuklear yang akan dibina di satu tapak tidak jauh dari Kuala Lumpur.
- 26 Ogos 1982 – Switzerland menentang sikap ke arah perlindungan yang menyekat usaha perindustrian dan perdagangan di negara- negara membangun seperti Malaysia.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]