Pada 10 Ogos 1983, Utusan Malaysia melaporkan Simposium ‘Ke arah Dasar Komunikasi Negara’ memutuskan supaya Radio Televisyen Malaysia (RTM) dijadikan sebuah perbadanan yang bebas.
Simposium di Bangunan APDC itu berpendapat langkah tersebut perlu diambil kerana menyedari hakikat bahawa pengurusan di Jabatan Penyiaran kini menghalangnya daripada mencapai hasrat untuk menjadi satu media yang benar-benar berpengaruh, dipercayai dan menyeluruh.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 10 Ogos 1979 – Sheikh Mohamad Yunus Mohamad Yatim, Kadi Besar Wilayah Persekutuan telah dilantik menjadi Mufti Melaka dan
dijangka memulakan tugasnya 16 Ogos ini. - 10 Ogos 1982 – Sains komputer akan diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran pilihan di Maktab-Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
mulai tahun depan. - 10 Ogos 1983 – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesyorkan kepada Korea Selatan supaya memindahkan industri-industri menggunakan tenaga pekerja dan industri teknologi rendah ke negara kurang maju, termasuk Malaysia.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]