Pada 13 Ogos 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie menjelaskan bahawa pasukan tentera Malaysia telah ditempatkan di kawasan Thai selagi ‘perintah bersama’ kedua-dua negara masih wujud.
Beliau berkata, Thailand dan Malaysia mempunyai ‘perintah bersama’ dan selagi perintah itu wujud, selama itulah pasukan Malaysia akan berada di sana.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 13 Ogos 1979 – Maktab Perguruan Islam akan mengeluarkan sijil pertama kepada 237 orang keluaran sulung maktab itu bulan depan.
- 13 Ogos 1982 – Kementerian Pelajaran akan menekankan pendidikan jasmani dikalangan murid-murid sebagai salah satu mata pelajaran dalam kurikulum baru sekolah rendah yang akan dilaksanakan sepenuhnya tahun depan.
- 13 Ogos 1983 – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) digesa supaya mengkaji semula sukatan peperiksaan khas untuk para jurutaip dan skim perkhidmatan mereka.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]