Pada 24 Ogos 1977, Utusan Malaysia melaporkan MCA kini perlu mengubah sikap dengan memberikan khidmatnya kepada semua rakyat dan bukan kepada satu kaum sahaja jika ingin kekal sebagai sebuah parti politik yang popular, kata Datuk Michael Chen.
Beliau yakin sesuatu parti itu wajar mempertimbangkan komposisi masyarakat negara dan memberikan khidmat kepada semua walaupun keahlian MCA hanya terbuka kepada satu kaum.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 24 Ogos 1975 – Menteri Pelajaran, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan persetujuannya untuk memindahkan Kolej Islam Klang ke sebuah tapak yang lain di sekitar bandar diraja ini juga.
- 24 Ogos 1977 – Pihak Kastam Johor Tengah telah memusnahkan kira-kira 1,400 batang pokok ganja bernilai RM14,000.00 yang ditemui di kawasan belukar di Kampung Belahan Tampok, Rengit.
- 24 Ogos 1982 – Filem “Sumpah Di Bumi Merkah“, arahan Murad Ibrahim yang turut dibintangi oleh dramatis Ismail Ahmad, Zainab Jaafar, Rahim Razali dan Ahmad Yatim telah selesai penggambarannya.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]