Pada 18 Ogos 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Dr. Mohamad Hasan hari ini menekankan bahawa keutuhan hubungan antara Kuala Lumpur-Jakarta merupakan kunci bagi kemantapan cita-cita ASEAN.
Beliau menyifatkan hubungan kedua-dua negara dalam konteks persatuan serantau lima negara itu sebagai “menjadi tulang punggung ASEAN“.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 18 Ogos 1971 – Dua orang profesor dari Universiti Malaya sependapat bahawa kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Malaysia sahaja harus dianggap sebagai kesusasteraan kebangsaan Malaysia.
- 18 Ogos 1972 – Seramai 97 orang peneroka telah disingkirkan dari rancangan-rancangan tanah FELDA sehingga hari ini kerana melanggar tatatertib FELDA.
- 18 Ogos 1974 – Kastam Perak Utara telah merampas 2,000 gelen tapai masam dan 35 gelen samsu yang telah dimasak dengan jumlah cukai sebanyak RM7,000 dalam satu serbuan di kawasan belukar.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]