Johor akan proses sendiri air mentah - Utusan Malaysia

Johor akan proses sendiri air mentah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 Ogos 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Johor merancang untuk memulakan projek memproses sendiri air mentah yang selama ini hanya bergantung kepada Singapura.

Singapura membeli air yang belum dirawat dari Negeri Johor dengan harga RM0.03 sen bagi 1,000 gelen dan setelah memprosesnya lalu dijual kepada Johor dengan harga RM0.50 sen bagi 1,000 gelen. Johor kemudian menjual kepada rakyat RM1.00 bagi 1,000 gelen.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 11 Ogos 1971 – Lembaga Padi dan Beras Negara telah disaran agar harga padi RM16.00 sepikul yang ditetapkan kerajaan dapat diterima oleh semua petani terutamanya dalam Rancangan Perairan Muda.
  • 11 Ogos 1975 – Ketua Polis Perak, Datuk Koo Chong Kong menegaskan pengganas-pengganas komunis di negeri ini didapati sedang giat melancarkan gerakan memungut makanan dari rakyat untuk ditanam dalam hutan bagi keperluan gerakan ganas mereka.
  • 11 Ogos 1979 – Polis Singapura akan meminjam beberapa teknik baru yang digunakan oleh Jabatan Rekod Jenayah dan Cap Ibu Jari di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam usaha memperbaiki lagi perkhidmatan mereka.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya