Pada 23 Ogos 1974, Utusan Malaysia melaporkan Institut Teknologi Mara (ITM) akan memulakan kursus ‘ijazah’ bagi 80 orang penuntutnya yang sedang mengikuti kursus diploma bagi enam bidang pengajian di kampusnya mulai Julai tahun hadapan.
Pengarahnya, Tun Dr. Arshad Ayub mengumumkan rancangan tersebut dijalankan dengan kerjasama Universiti Ohio, Amerika Syarikat.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 23 Ogos 1971 – Mara mengeluarkan pinjaman hampir RM2 juta kepada bumiputera di Sabah sejak tahun 1969 untuk membiayai lebih daripada 300 projek.
- 23 Ogos 1972 – Pasukan keselamatan menawan seorang anggota berpangkat tinggi Pertubuhan Komunis Sarawak yang diharamkan di kawasan Keselamatan Khas, Bahagian Ketiga Sarawak semalam.
- 23 Ogos 1984 – Jumlah penduduk Semenanjung Malaysia tanpa mengambil kira mereka yang telah berhijrah adalah berjumlah 12.04 juta dalam tahun 1982
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]