Gajah Malaysia diterbangkan ke Tokyo - Utusan Malaysia

Gajah Malaysia diterbangkan ke Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Ogos 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seekor anak gajah betina yang diberi nama ‘Cik Ubi‘ merupakan hadiah yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah kepada Zoo Kyoto, Jepun.

Pemergian ‘Cik Ubi’ dengan sebuah pesawat JAL DC 8 F dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang merupakan kali pertama dalam sejarah penerbangan awam di negara ini, di mana seekor gajah diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Tokyo.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 8 Ogos 1972 – Anggota-anggota Persatuan Kelapa Asia, termasuk Malaysia telah bersetuju berusaha bersama-sama untuk menghapuskan sekatan-sekatan tarif ke atas hasil kelapa mereka.
  • 8 Ogos 1982 – Pemain bola sepak Singapura, Fandi Ahmad mendapat tawaran bermain dengan kelab terkemuka dari Belanda, Ajax Amsterdam dan mendapat restu dan sanjungan dari FA Singapura.
  • 8 Ogos 1983 – Pengarah Urusan UMW, Datuk Dr. Mokhzani Abdul Rahim berkata, perpaduan dalam kalangan masyarakat berbagai kaum di negara ini cuma tercapai apabila mereka fasih menggunakan Bahasa Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya