Anggota komunis penggempur serah diri - Utusan Malaysia

Anggota komunis penggempur serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 12 Ogos 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang anggota Unit Penggempur Ke-12 pengganas komunis (MNLF) menyerah diri di Ulu Perak setelah gagal mendapatkan bekalan makanan dan merasa sia-sia melibatkan diri dalam gerakan tersebut.

Pengganas tersebut, Sum Pong Wah atau Lam Fong atau Tuck, 25, bekas guru sementara telah menyerah diri kepada anggota-anggota pusat kawalan pembalak di Kenayat, Grik bersama sepucuk rifle automatik jenis M16 dan 146 butir peluru.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 12 Ogos 1974 – Baginda Sultan Selangor hari ini menyatakan hasrat untuk mengawasi sendiri kerja-kerja pembangunan di Shah Alam yang bakal menjadi Ibu Negeri Selangor supaya berjalan lancar.
  • 12 Ogos 1979 – Pengarah Jins Shamsuddin akan melancarkan penggambaran filem terbaru arahannya yang berjudul ‘Esok Masih Ada‘ karya Aimi Jarr tidak lama lagi.
  • 12 Ogos 1982 – Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (Bahagian Perkhidmatan Perubatan), Lt. Kol. G. Selvarajee adalah di antara empat orang pegawai perubatan di seluruh dunia yang menerima sijil dan pingat dari Duta Amerika Syarikat, Ronald D. Palmer.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya