Pada 19 Julai 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan, satu unit penguat kuasa bagi mencegah penyembelihan haram ditubuhkan di Majuternak supaya kegiatan yang tidak sihat itu dapat dibendung dan tidak berleluasa.
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak ketika merasmikan rumah sembelihan bernilai RM12.7 juta di Shah Alam memberitahu, di bawah Akta Penyembelihan, seseorang yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM25,000.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 19 Julai 1972 – Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah melantik dua orang wanita sebagai ejennya, salah seorang darinya adalah bekas paderi dan ini telah memecahkan tradisi FBI yang selama ini hanya menggunakan lelaki sebagai ejen.
- 19 Julai 1973 – Kumpulan kugiran ‘The Burglars‘ dari Perlis telah muncul Juara Kugiran 73 dengan mengalahkan tujuh kugiran lain dalam pertandingan yang berlangsung di Oditorium Besar Angkasapuri malam tadi.
- 19 Julai 1982 – Kerajaan Pakistan bersedia membantu Malaysia dalam menubuhkan Bank Islam yang pertama di negara ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]