Tunku titis air mata terkenang detik merdeka - Utusan Malaysia

Tunku titis air mata terkenang detik merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Julai 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengalirkan air mata kerana sedih mengenangkan pengorbanan yang ditonjolkan oleh rakyat terhadap usaha-usaha UMNO menuntut kemerdekaan tanah air tahun 1954.

Menurut Tunku, pada masa itu, ramai kaum ibu telah melucutkan barang-barang kemas seperti gelang dan rantai sebagai sumbangan untuk menampung tambang penerbangan ke England pada 21 April 1954 bagi membawa rombongan Perikatan menuntut kemerdekaan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 21 Julai 1979 – Kerajaan telah mendapat hasil bernilai RM4.1 juta sepanjang tahun 1977 dan 1978 dari kutipan di Tol Slim River.
  • 21 Julai 1982 – David Moorcroft dari England berjaya mencipta rekod baru dunia dalam acara lari 5000 meter dalam masa 13:00.42 saat di kejohanan olahraga antarabangsa di Oslo, Norway.
  • 21 Julai 1985 – Kerajaan Negeri Kedah sedang membuat kajian dengan Kementerian Pertanian dan pihak swasta untuk mewujudkan ‘taman laut dan rizab laut‘ di sekitar perairan Pulau Payar.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya