Pada 18 Julai 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Ketua Menteri Sabah, Tun Datu Mustapha berikrar akan menentang habis-habisan sebarang usaha untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia.
Kata beliau, adalah suatu fikiran gila untuk bertindak menarik keluar Sabah dari Malaysia, sedangkan pertahanan buminya adalah dipikul oleh rakyat dari Semenanjung Malaysia.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 18 Julai 1974 – Menteri Perusahaan Utama, Tun Abdul Taib Mahmud berkata, perusahaan minyak di Malaysia memerlukan 2,000 tenaga kerja profesional menjelang tahun 1979.
- 18 Julai 1975 – Perdana Menteri Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa semua warganegara berumur 18 hingga 55 tahun akan dikehendaki berkhidmat dalam rancangan “Rukun Tetangga” yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
- 18 Julai 1979 – Selangor, johan tahun lalu terus mencatat rekod tanpa kalah apabila memenangi perlawanan ketiganya dengan mengalahkan Thailand (5-1) dalam kejohanan hoki Piala Razak.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]