Pada 14 Julai 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Abdul Razak hari ini menyeru orang Melayu di bandar-bandar supaya mengumpul wang untuk melaburkan modal dengan membeli saham bagi meninggikan taraf hidup mereka setanding dengan kaum lain.
Katanya, adalah menjadi dasar kerajaan supaya masyarakat negara ini tidak semata-mata bergantung kepada pertanian, tetapi mengambil bahagian dalam perniagaan dan perusahaan yang dapat menghasilkan ekonomi kewangan yang lebih teguh dan stabil.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 14 Julai 1972 – Yang di-Pertuan Agong telah mengutus kawat tahniah kepada Ketua Negara Iraq sempena hari kebangsaan republik itu
- 14 Julai 1973 – Century Motors, sebuah syarikat yang baru ditubuhkan di Malaysia Barat telah mendapat peluang menjadi wakil tunggal pengedar kereta-kereta keluaran Renault.
- 14 Julai 1975 – Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak dan UDA telah menubuhkan sebuah syarikat bernama PERUDA dengan modal permulaan sebanyak RM2 juta bagi menjalankan kegiatan membina bangunan kedai, rumah kediaman dan kompleks perniagaan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]