Lembaga Padi dan Beras Negara akan ditambah baik - Utusan Malaysia

Lembaga Padi dan Beras Negara akan ditambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 2 Julai 1973, Utusan Malaysia melaporkan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) akan disemak semula dan kuasa yang ada pada pengerusinya akan ditambah bagi memastikan “negara cukup beras dan tidak ada rakyat yang lapar“, kata Perdana Menteri, Tun Razak. “LPN ditubuhkan dengan kuasa-kuasa yang terbatas pada mulanya dengan tujuan mengawal harga beras dan padi supaya jangan turun kerana ini akan menyusahkan petani-petani”.

Menurut Tun Razak lagi, beliau sendiri tidak menyangka keadaan sekarang ini berikutan harga beras telah naik di seluruh negara.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 2 Julai 1975 – Semua pusat perubatan dan hospital tentera di seluruh negara akan menggunakan simbol baharu “bulan sabit merah” tidak lama lagi bagi menggantikan simbol palang merah yang digunakan sekarang.
  • 2 Julai 1979 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menerima sebuah kapal terbang lama dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan ditempatkan di pekarangan Istana Bahagia, di Morib.
  • 2 Julai 1982 – Sahabat Alam Malaysia (SAM) mencadangkan supaya ditubuhkan Kementerian Alam Sekitar dan Bahan Semula Jadi untuk mengimbangi antara pembangunan dengan keindahan alam semula jadi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya