Kementerian Pertahanan terbakar, seorang terbunuh - Utusan Malaysia

Kementerian Pertahanan terbakar, seorang terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 Julai 1975, Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki dipercayai Penolong Setiausaha F Kewangan (1) Kementerian Pertahanan, Bidin Abdul, 32, maut apabila bilik pejabatnya di blok B di kementerian tersebut di Jalan Padang Tembak, terbakar.

Menurut jurucakap Bomba Bandaraya, sebaik sahaja api dipadamkan, pihaknya menemukan mayat seorang lelaki rentung di tepi pintu dengan keadaan kepalanya menghala keluar dan kakinya ke dalam.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 6 Julai 1973 – Tiga buah syarikat Amerika Syarikat, iaitu Goodyear, Firestone dan Mohawk bercadang menubuhkan kilang-kilang memproses getah secara perusahaan bersama di Malaysia yang akan disesuaikan mengikut keperluan masing-masing.
  • 6 Julai 1974 – Sebuah parti politik baru bernama Parti Kebebasan Progresif Rakyat Negeri Sembilan telah ditubuhkan di negeri ini dengan mempunyai ahli seramai 100 orang.
  • 6 Julai 1979Presiden Algeria yang pertama, Ahmed Ben Bella, dibebaskan setelah dipenjara selama 14 tahun, demikian menurut Televisyen Perancis yang memetik sumber-sumber rasmi Algeria.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya