Harga daging turun 20 sen mulai esok - Utusan Malaysia

Harga daging turun 20 sen mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 Julai 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan harga runcit daging di Wilayah Persekutuan dan Selangor diturunkan 20 sen lagi iaitu dari RM3.60 kepada RM3.40 sekati mulai 5 Julai yang merupakan penurunan kedua dalam masa sebulan.

Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Ghafar Baba berkata, penurunan harga daging itu dapat dilakukan setelah Majuternak mendapat bekalan daging pada harga yang lebih rendah.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 4 Julai 1972 – Presiden Pakistan Ali Bhutto dan Perdana Menteri India Indira Gandhi menandatangani dokumen perjanjian mengenai pengunduran tentera dari sempadan masing-masing serta pertukaran tawanan perang.
  • 4 Julai 1973 – Seniwati Betty Grable yang terkenal semasa Perang Dunia Kedua kerana kecantikan kakinya telah meninggal dunia akibat penyakit kanser paru-paru.
  • 4 Julai 1974 – Pihak polis memusnahkan sejumlah 250 pokok ganja yang ditanam di satu kawasan seluas 2,070 kaki persegi di Kampung
    Tebakang, Bukit Payung, Terengganu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya