Pada 16 Julai 1974, Utusan Malaysia melaporkan Lembaga Kemajuan Perusahaan Persekutuan (FIDA) meluluskan sebanyak 27 projek perusahaan bumiputera yang bernilai RM118.4 juta di seluruh negara tahun ini.
Pengerusinya, Jamil Jan memberitahu, jumlah tersebut merupakan 31 peratus daripada semua projek yang diluluskan dan daripada jumlah itu juga menunjukkan perkembangan pesat penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 16 Julai 1972 – Kerajaan Sabah telah menyimpan 4,000 hektar hutan asli dekat pantai Sandakan untuk didiami oleh Orang Utan.
- 16 Julai 1973 – Hospital Universiti di Petaling Jaya membuka sebuah klinik perancang keluarga dengan tujuan melatih dan mengajar para pelajar perubatan dan doktor dalam bidang tersebut.
- 16 Julai 1974 – Bekas penjaga gol terkemuka Malaysia, Chow Chee Keong masih menjadi rebutan kelab-kelab bola sepak profesional Hong Kong menjelang musim liga bola sepak bagi tahun 1974/1975 bulan depan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]