Pada 13 Julai 1974, Utusan Malaysia melaporkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad yang menempatkan Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor akan dijadikan Muzium Sejarah Nasional.
Serentak dengan itu, Tabung Nasional dilancarkan bagi mengutip wang bagi menjayakan hasrat Persatuan Sejarah Malaysia menjadikan Muzium Sejarah Nasional suatu realiti.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 13 Julai 1974 – Kerajaan akan mendirikan 169 buah pusat kemajuan peladang bagi meluaskan kegiatan ekonomi kawasan di negara ini tidak lama lagi
- 13 Julai 1975 – Empat buah kapal terbang Angkatan Udara Sepanyol jatuh terhempas di sebuah tasik di pinggir laut Mediterranean ketika melakukan latihan penerbangan semalam.
- 13 Julai 1982 – Angkatan Seni Taman Keramat Kuala Lumpur (ASTAKA) adalah antara beberapa buah kumpulan teater di Kuala Lumpur yang aktif dan berfungsi ke arah meningkatkan kegiatan teater masa kini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]