Tindakan terhadap mahasiswa ganas - Utusan Malaysia

Tindakan terhadap mahasiswa ganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 Jun 1973, Utusan Malaysia melaporkan Prof. Ungku Aziz berikrar untuk bertindak ‘mengeluarkan habis-habisan‘ sebilangan kecil mahasiswa dari kampus Universiti Malaya (UM) yang menganiaya dan menindas siswa-siswa baru.

Naib Canselor Universiti Malaya itu menyifatkan mahasiswa terbabit sebagai golongan konservatif yang berjumlah tidak lebih daripada 20 orang di antara 6,300 mahasiswa lama di universiti itu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 30 Jun 1975 – Bangunan “Stadhuys” yang melambangkan pemerintahan penjajahan Belanda di Negeri Melaka dalam kurun 17, akan dijadikan Muzium Melaka yang dilengkapi dengan kompleks kesenian dan dewan seni lukis.
  • 30 Jun 1976 – Pelakon dan pengeluar filem British, Stanley Baker, 48, meninggal dunia di Klinik Carlos Haya, Malaga, akibat kesukaran bernafas.
  • 30 Jun 1979 – Logo baru Public Bank yang melambangkan identiti kumpulan memenangi pingat gangsa dalam penganugerahan tahunan Persatuan Ejen-Ejen Pengiklanan untuk tahun 1979.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya