Pada 10 Jun 1974, Utusan Malaysia melaporkan pihak polis menawarkan hadiah sebanyak RM250,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim.
Pengarah Siasatan Jenayah, Timbalan Pesuruhjaya Abdul Hamid Latiff yang mengumumkannya hari ini berkata, hadiah tersebut akan terus terbuka sehingga tertangkapnya mereka yang bertanggungjawab.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 10 Jun 1973 –
Persatuan Pengguna Selangor hari ini menyeru kerajaan supaya menubuhkan sebuah Kementerian Hal Ehwal Pengguna untuk menjaga kepentingan para pengguna di seluruh negara. - 10 Jun 1974 –
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak berlepas ke Geneva pagi ini untuk berucap di Persidangan Tahunan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada hari Selasa. - 10 Jun 1975 –
Lembaga Letrik Negara sedang melaksanakan projek bernilai RM23 juta bagi menambah tenaga 30 megawat, di Stesen Jana Letrik Sultan Ismail.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]