Pas dalam Barisan Nasional - Utusan Malaysia

Pas dalam Barisan Nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 Jun 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kemasukan Pas dalam Barisan Nasional tidak sekali-kali terkeluar dari dasar yang diamalkan oleh parti tersebut selama ini, malahan membawa lebih kejayaan dalam perjuangannya untuk kepentingan rakyat.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Perikanan, Encik Abu Bakar Omar menegaskan bahawa sejak wujudnya kerajaan campuran, Barisan Nasional dan Pas telah mencapai banyak kejayaan melebihi dari perjuangan yang dijalankan sebelum ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 7 Jun 1975 – Kira-kira 120,000 orang penduduk buta huruf luar bandar di Negeri Pahang yang mengikuti kelas kemajuan masyarakat (KEMAS) dalam masa 14 tahun lalu telah dapat membaca dan menulis sekarang.
  • 7 Jun 1976 – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Haris Salleh telah mengangkat sumpah selaku Ketua Menteri Sabah yang keenam di hadapan Yang Dipertua Negara, Datuk Hamdan Abdullah.
  • 7 Jun 1977 – Rakyat Corporation yang merupakan anak syarikat Bank Rakyat, sedang membina 1,579 unit rumah di Kelantan dan Kedah untuk dijual kepada ahli-ahlinya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya