Marcos angkat sumpah jawatan Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Marcos angkat sumpah jawatan Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 13 Jun 1978, Utusan Malaysia melaporkan Presiden Filipina, Ferdinand E. Marcos mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pertama negara itu di pembukaan Dewan Perhimpunan Perundangan Negara yang baru selepas hampir enam tahun dalam pemerintahan tentera.

Marcos, 60, mengisytiharkan undang-undang tentera dalam bulan September 1972 untuk membanteras pemberontakan negara dan beliau juga mempengerusikan badan sementara 200 anggota dewan itu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 13 Jun 1972 – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan mulai dikenali sebagai Felda (Federal Land Development Authority) menggantikan LKTP. Pertukaran itu dibuat untuk memperkenalkan Felda dengan lebih luas ke seluruh dunia.
  • 13 Jun 1973 – Pemimpin Libya, Kolonel Muammar Gaddafi mengumumkan tindakannya memiliknegarakan syarikat minyak Bunker Hunt dan berkata, sudah sampai masanya untuk bertindak ke atas kepentingan-kepentingan Amerika Syarikat (AS) di rantau Arab.
  • 13 Jun 1974 – Dua orang seniman terkenal, David Niven dari Britain dan Toshiro Mirume dari Jepun dipilih untuk berlakon dalam filem “Paper Tiger” dan penggambaran keseluruhan akan dibuat di Malaysia mulai 15 Julai.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya