Pada 2 Jun 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia dijangka akan dapat menyelamatkan jutaan ringgit wang negara apabila mula mengeluarkan sendiri kertas bermutu tinggi yang diperbuat daripada tangkai buah kelapa sawit.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan yang menjalankan penyelidikan mengenai pengeluaran itu telah mendapat hasil yang positif.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 2 Jun 1973 – Persatuan Pengeluar Minyak Kelapa Sawit Malaysia dan Stolt-Nielsen Group hari ini menandatangani satu perjanjian bagi mengangkut minyak kelapa sawit dari Malaysia Barat ke Eropah.
- 2 Jun 1974 – Pasukan keselamatan telah melancarkan ‘Gerakan Indra Tiga‘ bagi memburu saki baki pengganas yang cuba menyusup ke beberapa kawasan di Daerah Lipis
- 2 Jun 1975 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah menubuhkan sebuah pusat budaya Islam di bangunannya di sini untuk kebajikan serta mengembangkan dakwah dikalangan saudara baru Islam.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]