Kapal dagang Medola karam di Pelabuhan Klang - Utusan Malaysia

Kapal dagang Medola karam di Pelabuhan Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Jun 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah kapal dagang Medola seberat 2,140 tan karam di perairan Pelabuhan Klang, mengakibatkan hampir kesemua muatannya bernilai lebih RM2.5 juta musnah sama sekali.

Kapal kepunyaan syarikat Straits Shiptering Pts. Ltd. yang dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Bombay dengan membawa muatan penuh minyak kelapa sawit, minyak kelapa dan minyak kacang sedang berlabuh di pelabuhan itu dan karam sekitar pukul 8.10 malam.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 5 Jun 1975 – Jaguh lumba kereta dunia, Jackie Stewart akan melawat Malaysia pada pertengahan bulan Jun ini atas tajaan Syarikat Tayar Good Year.
  • 5 Jun 1976 – Jacqeline Stuart dari Singapura, 18 tahun, seorang penyambut tetamu serta model sambilan telah dipilih sebagai Ratu Asia.
  • 5 Jun 1978 – Tentera Thai dan Malaysia semalam telah menjumpai sebuah terowong sulit dalam usaha mereka mencari tempat-tempat persembunyian gerila-gerila komunis di Daerah Betong.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya