Harun kekal jawatan Ketua Pemuda UMNO - Utusan Malaysia

Harun kekal jawatan Ketua Pemuda UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Jun 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Datuk Harun Idris berjaya mengekalkan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan mengalahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Samad Idris dengan kelebihan 138 undi.

Tepukan gemuruh mengiringi pengumuman yang dibuat menjelang persidangan akhir pergerakan itu di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Datuk Harun yang juga Menteri Besar Selangor beroleh 245 undi, manakala Datuk Samad mendapat 107 undi.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 29 Jun 1972 – Eksport bijih timah Malaysia Barat mencapai rekod paling tinggi pada bulan April dengan nilai sebanyak RM90.7 juta.
  • 29 Jun 1973 – Orang ramai yang menggunakan jambatan persahabatan yang menghubungkan Rantau Panjang, Malaysia dan Golok, Thailand diluar masa pejabat akan dikenakan bayaran lebih masa di Pusat Pemeriksaan Thailand.
  • 29 Jun 1974 – Koperatif Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Berhad telah membeli dua lot tanah tapak bangunan di Bandaraya Kuala Lumpur untuk projek pembinaan bangunan setinggi 12 tingkat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya