Haniff pemangku Ketua Polis Negara - Utusan Malaysia

Haniff pemangku Ketua Polis Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Jun 1974, Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Polis Negara mulai hari ini.

Lantikan beliau diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri,  Tan Sri Ghazali Shafie. Tun Haniff menggantikan Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang meninggal dunia kelmarin setelah ditembak beberapa kali oleh dua orang yang tidak dikenali.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 9 Jun 1971Yugoslavia dan Burma diundang buat pertama kali bersama-sama 17 buah negara lain menyertai pertandingan Quran
    selama enam malam bermula 5 November ini yang akan berlangsung di Stadium Merdeka.
  • 9 Jun 1972 – Nirman Kamal, 16 tahun, seorang pelajar yang bercita-cita menjadi jurutera mekanikal telah dipilih oleh Kementerian
    Pelajaran untuk mewakili Malaysia ke Camp Rising Sun di Amerika Syarikat mulai 5 Jun hingga 7 September tahun ini.
  • 9 Jun 1982 – Seramai 24,000 pekebun kecil getah di negara ini menjadi anggota 58 buah Koperasi Nasional Pekebun-Pekebun
    Kecil Getah atau (NARSCO).

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya