Pada 21 Jun 1974, Utusan Malaysia melaporkan gesaan Tun Abdul Razak agar bumiputera merebut peluang-peluang baharu dalam perdagangan dan perindustrian dengan menyertai bukan bumiputera bagi mengelakkan “monopoli” oleh satu golongan sahaja.
Dalam hubungan ini, Perdana Menteri mahukan penyertaan tersebut benar-benar bermakna dan aktif dalam semua peringkat dan tidak hanya penyertaan pasif dengan menamakan seorang dua bumiputera sebagai pengarah sahaja.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 21 Jun 1973 – Nama Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas telah dicadangkan bagi menggantikan nama Jalan Worthington di Kuala Lipis, Pahang.
- 21 Jun 1975 – Sebuah syarikat perkapalan milik bumiputera bertaraf antarabangsa telah ditubuhkan, iaitu Syarikat Perkapalan Zawati Sendirian Berhad atas inisiatif Kumpulan Syarikat Zawati.
- 21 Jun 1976 – Lebih 15,000 orang penduduk Baling dari berbilang kaum telah keluar beramai-ramai hari ini menyertai satu demonstrasi besar-besaran mengutuk kegiatan pengganas komunis.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected] .