Bank Data Tanah akan diwujudkan - Utusan Malaysia

Bank Data Tanah akan diwujudkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Jun 1976, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah berhasrat mewujudkan Bank Data Tanah di semua peringkat pejabat tanah di negara ini yang bertujuan mempercepatkan lagi pentadbiran tanah negara.

Sistem ini amat diperlukan memandangkan keadaan sistem menyimpan rekod-rekod atau data-data yang terdapat di pejabat-pejabat tanah sekarang adalah mengelirukan dan tidak disimpan dengan teratur.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 15 Jun 1976 – Kerajaan membelanjakan lebih RM15 juta untuk membina tiga jambatan penting di Pahang iaitu jambatan Endau, jambatan Sabak dan jambatan Jerantut bagi menggantikan perkhidmatan feri.
  • 15 Jun 1978 – Seramai 13 orang pelajar sekolah menengah di Daerah Muar yang terlibat dengan kegiatan komunis telah menyerah diri kepada pihak berkuasa sejak empat hari lalu.
  • 15 Jun 1979 – Negeri Selangor telah mencapai kejayaan terbesar sekali dalam tempoh kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ketiga dalam semua bidang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN