Pada 22 Jun 1976, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Parti Berjaya yang memerintah Sabah dan parti pembangkangnya, USNO, serta sebuah parti pembangkang di Sarawak, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah diterima dengan rasminya menjadi anggota Barisan Nasional.
Dengan kemasukan ketiga-tiga buah parti itu juga bermakna Barisan Nasional sekarang ini mempunyai 11 buah parti yang dianggotai oleh UMNO, MCA, MIC, SUPP, PBS, GRM, Pas, PPP, Berjaya, USNO dan SNAP dengan 144 dari 154 kerusi Parlimen.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 22 Jun 1972 – Mara akan mendirikan sebuah Kompleks Pekan Rabu, di Alor Setar setinggi lima tingkat di tapak asal Pekan Rabu yang ada sekarang dengan kos RM1.2 juta.
- 22 Jun 1976 – Czechoslovakia muncul sebagai juara pada perlawanan akhir bola sepak Eropah kelima dengan mengalahkan juara tahun lalu Jerman Barat (6-5) yang berlangsung di Stadium Red Star, Belgrade, Serbia.
- 22 Jun 1982 – Majuikan mulai hari ini dikenali dengan nama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia atau ‘LKIM’.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]