Pada 28 Mei 1974, Utusan Malaysia melaporkan Tun Abdul Razak akan berlepas ke Peking esok untuk memulakan lawatan bersejarah bagi merintis jalan ke arah membentuk asas persahabatan yang kukuh antara ratusan juta rakyat kedua-dua negara.
Menurut Perdana Menteri, pemergiannya itu adalah bagi memupuk semangat setiakawan untuk menyemai bibit saling mengerti antara kedua-dua negara selepas mengalami syak wasangka dan perbezaan sejak dua dekad lalu.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 28 Mei 1972 – Malaysia menandatangani satu perjanjian dengan tujuh “underwriter” di Frankfurt, Jerman bagi tujuan pengeluaran bond pinjaman bernilai RM70 juta.
- 28 Mei 1973 – Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat, Datuk Samad Idris mencadangkan supaya golongan petani dan nelayan
patut mendapat kemudahan yang sama daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). - 28 Mei 1977 – Rancangan kesukaan ramai, ‘Panorama’ yang terhenti sejak sebulan setengah yang lalu kembali ke udara semula
pada malam ini dan dijangka lebih menarik.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]